EN MOHAMAD SHAIRUL FAZLI BIN MANSOR — Penceramah
CME ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman mendalam mengenai prinsip keselamatan radiasi serta tatacara kawalan kualiti yang khusus untuk penggunaan sistem ultraportable X-ray. Memandangkan penggunaan peranti ini semakin meluas di pelbagai fasiliti kesihatan dan lapangan, adalah penting bagi pengendali untuk menguasai teknik pengoptimuman dos radiasi (konsep ALARA) tanpa menjejaskan kualiti imej diagnostik. Sesi ini akan merangkumi panduan operasi selamat, pematuhan regulatori, pengurusan risiko, dan pemantauan jaminan kualiti (QA/QC) bagi memastikan keselamatan pesakit serta petugas kesihatan sentiasa terjamin pada tahap optimum.