PENCERAMAH — EN MOHD AZWAN BIN MUSTAFA
Sesi Continuing Medical Education (CME) bertajuk "UNDERSTANDING RADIOLOGY MANAGEMENT SYSTEM (RMS)" ini bertujuan untuk memberi pendedahan komprehensif kepada Juru X-ray Diagnostik mengenai penggunaan dan pengoptimuman sistem PHRIS di fasiliti Kesihatan Awam. Skop perbincangan merangkumi amalan terbaik dalam proses aliran kerja radiologi, integriti pengurusan data pesakit, dan langkah-langkah mengatasi isu teknikal yang sering berbangkit. Melalui perkongsian ini, peserta diharap dapat memaksimumkan keupayaan sistem PHRIS ke arah penyampaian perkhidmatan diagnostik yang lebih pantas, tepat, dan bersistematik.